SEJARAH TAK TERMAKTUB: KISAH SITI JALANG TANAH MASYHUR

Pada kali ini FK ingin berkongsikan kepada anda tentang kisah sejarah yang tidak termaktub di dalam buku-buku sejarah anda ketika anda masih di bangku sekolah, bahkan tidak disebut oleh cikgu-cikgu sejarah. Pada kali ini FK akan memaparkan sejarah yang terdapat di Johor Lama atau lebih dikenali sebagai Kota Tinggi pada hari ini. Bagi bukan berbangsa Johor, anda boleh Google overview Kota Tinggi.

Catatan sejarah pada makam Siti Jalang yang tidak menceritakan sejarah tersirat.

BIODATA SITI JALANG
Nama sebenar adalah Cik Siti Aminah Tanah Besar. Diberi gelaran Jalang adalah kerana dia bernikah dengan 100 orang lelaki secara halal. Namun perbuatannya itu dipandang serong pada zaman tersebut sehingga dia digelar dengan gelaran begitu. 

Dia merupakan seorang anak pembesar istana dan kedudukannya agak terhormat selain memiliki wajah yang jelita. Mungkin dia juga bangga digelar Siti Jalang kerana beliau merupakan perempuan yang agak berada pada masa itu atau mungkin ada sebab lain? Mari ikuti sejarah yang tersirat.


SEJARAH YANG TERSIRAT
Siti Jalang yang berasal dari Kelantan dikatakan telah mengamalkan satu ilmu sihir untuk mengekalkan kecantikannya. Menurut sumber penduduk tempatan yang tinggal di Kampung Kelantan, Kota Tinggi, Siti Jalang pergi menemui seorang perempuan tua atau lebih dikenali oleh masyarakat sebagai nenek kebayan dan menyatakan hasratnya untuk kekal cantik.


Nenek kebayan bersetuju untuk merealisasikan impian Siti Jalang. Nenek tersebut meletakkan beberapa syarat. Antaranya dia hendaklah mandi di dalam kolam yang akan disediakan oleh nenek kebayan dan dia hendaklah bernikah dengan 100 orang lelaki. 100 orang lelaki tersebut mestilah dibunuh dengan ilmu sihirnya. Siti Jalang bersetuju.


Kemudian diadakan ritual mandian. Siti Jalang disuruh berendam di dalam sebuah kolam yang disediakan oleh nenek kebayan. Ketika dia berendam, maka masuklah segala jenis binatang berbisa ke dalam kemaluannya, seperti lipan, kala jengking dan sebagainya. Setelah selesai, Siti Jalang diperingatkan oleh nenek kebayan agar membunuh 100 orang lelaki yang telah menjadi suaminya dengan menggunakan sihir yang diamalkan olehnya. Dengan melakukan demikian, kecantikan Siti Jalang akan terpelihara dan tidak dimamah usia.


Dikatakan seramai 99 lelaki yang tewas pada malam pertama dan menemui ajal mereka sehinggalah Siti Jalang bertemu dengan lelaki yang ke-100. Lelaki ini tahu bahawa dia adalah suami yang ke-100 dan dia juga ingin tahu muslihat Siti Jalang sehingga mengorbankan 99 orang suaminya. Maka mereka pun berkahwin.


MALAM PERTAMA LELAKI KE-100
Suami Siti Jalang yang ke-100 ini dikatakan seorang yang bijaksana dan mempunyai ilmu yang tinggi di dalam hal-hal sihir. Suaminya yang ke-100 ini dikatakan berasal dari Tanah Jawa dan terpikat kepada paras jelita Siti Jalang sehingga dia sanggup menanggung risiko kematian.

Pada malam pertama, suami Siti Jalang menunggu di luar bilik sehingga malam menjadi larut dan menyebabkan Siti Jalang akhirnya terlena di dalam bilik keseorangan. Kemudian dia masuk mengintai dari luar bilik dan melihat Siti Jalang yang lena tidur. Setelah itu dia memasuki bilik dan mendekati Siti Jalang.

Berbekalkan ilmu yang ada, baharu sahaja dia hendak mendekati Siti Jalang yang sedang lena, dengan tidak semena-mena, kain batik yang dipakai oleh Siti Jalang berombak-ombak. Maka tahulah dia mungkin benda inilah yang menyebabkan 99 suami Siti Jalang mati. Tanpa berlengah, dengan menggenggam keris di tangan, dia menyelak kain Siti Jalang dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat keluar pelbagai binatang berbisa dari kemaluan Siti Jalang. Bermula daripada lipan dan kala jengking, sehinggalah ke ular tedung, habis dibunuh olehnya.

Setelah berjaya di bunuh semua binatang berbisa oleh suami Siti Jalang yang ke-100, maka bebaslah Siti Jalang daripada sihir dan sumpahnya dan dia hidup bahagai bersama-sama suaminya yang ke-100.

Sumber foto: artmelayu.blogspot.com

BAYI DIGILIS KERETA API [VIDEO]

Biasanya kita dengar mat gian atau penagih dadah digilis kereta api, tapi kali ini kita akan lihat bayi kecil yang masih ketagih susu ibu digilis kereta api! Kejadian berlaku di India. Di mana kesilapannya? Sukar diterjemahkan kes kronik seperti ini. Yang menakjubkan, insiden sempat dirakam!


Jangan cuba ini di rumah!

HUKUMAN PANCUNG [VIDEO 18PG]

Video ini dimuat naik oleh seorang jemaah haji dari Indonesia. Identiti pemuat naik tidak dapat dikenal pasti. Kedengaran bunyi jeritan jemaah wanita yang riuh rendah. Tidak kurang juga jemaah lelaki yang melatah melihat terputusnya kepala dari badan. Tiga orang pesalah telah tersabit, atas kesalahan apa? FK kurang siasat. Yang pastinya, pancutan darah dari arteri mereka sangat kronik!

[Jangan risau, anda tidak akan dibawa ke iklan publisiti murahan.]

Salah seorang pesalah yang menunggu hukuman

SEBUAH SEKOLAH DIKEJUTKAN PENEMUAN MISTERI

Paparan FK pada kali ini adalah berkenaan kisah kronik sebuah sekolah di Emerson High School yang mengalami renovasi oleh seorang kontraktor. Kejutan tersebut merupakan sebuah penemuan papan hitam yang berusia 100 tahun dan masih mempunyai tulisan serta lukisan di atasnya. Hal ini merupakan sebuah penemuan yang menakjubkan dengan papan hitam yang ditemui masih utuh serta tulisan yang menggunakan kapur tulis yang tidak luntur dimamah usia.

Bahagian hadapan Emerson High School

Mungkin subjek bahasa.

Anak ayam turun sepuluh.

Formula Matematik atau jadual kitaran haid?

Mungkin subjek pendidikan seni visual.

Tahun 1917

"I give my head, my ..., and my life to my God and
One nation indivisible with justice for all"

Muzik dan nota.

Masih menjadi misteri, kenapa papan hitam tersebut tidak dipadam? Adakah mungkin mereka ingin menyampaikan sesuatu mesej atau menyampaikan suatu rahsia yang perlu dirungkaikan? Namun penemuan ini jelas menunjukkan perbezaan perkembangan sistem pembelajaran pada masa dahulu dan kini.